(Hanya Cerita Semata-mata)
Assalamualaikum wahai kekasih yang ku cintai
Maafkanlah aku andai surat ini mengganggu ketenteraman hidup barumu. Ketika kau membaca surat ini, aku berada jauh dari singapura untuk mencari diri yang hilang. Di sini aku ingin menyatakan bahawa aku akan mendoakan kebahagiaanmu. Jagalah isterimu dan anakmu yang bakal lahir dengan baik. Aku redha dengan segala yang berlaku. Cuma satu sahaja yang ingin aku menyuarakan kepadamu. Izinkanlah aku menyintai dirimu seperti dulu walaupun aku bertepuk sebelah tangan. Itu sahaja yang mampu membuat aku gembira. Sudah tentu engkau tahukan bahawa cintaku padamu tidak pernah pudar dan tak pernah layu. Sepuluh tahun sudah berlalu. Dulu kau pernah berjanji padaku untuk sehidup semati denganku. Sudahku duga, ini semua akan berlaku. Sebab itu aku pernah berkata kepada kau aku tidak suka pada janji manis manusia yang susah untuk ditepati. Sampai disini sahaja warkah untukmu kali ini. Ini adalah warkah yang terakhir aku menulis kepadamu. Semoga cinta dan rinduku kepadamu hilang bila aku pulang ke Singapura semula. Kirim salamku kepada isterimu dan juga sahabat baikku, Imanina.
Salam Sayangku buatmu,
Nurul Fatehah Bte Kamsani
Fariz menyeka airmata yang berlinangan. Tidak dia menyangka begitu hebatnya cinta Nurul Fatehah kepadanya. Tiba – tiba Fariz merasakan bahawa dirinya begitu kejam kerana menghancurkan hati seorang wanita yang tulus seperti Nurul Fatehah. “Maafkan aku, Nurul Fatehah.” Bisik Fariz pada angin yang lalu seolah- olah bisikkan itu akan sampai ketelinga Nurul Fatehah. ‘Aku mengahwini Imanina bukan kerana aku menyintainya. Aku mengahwininya kerana aku ingin menyelamatkan Imanina dan kandungannya. Izman meninggalkan aku dengan beban yang tak sepatutnya aku pikul. Aku masih menyintaimu, Nurul Fatehah!’ raung Fariz dalam hati. Dia berjanji. Sebaik sahaja Imanina bersalin, dia akan ceraikan Imanina. Sepanjang perkahwinan mereka, Fariz tidak pernah bersentuhan dengan Imanina. Dan dia juga berjanji akan mencari Nurul Fatehah walau bagaimanapun caranya.
“Abang, bangun. Dah pagi ni.” Imanina mengejut suaminya yang masih terlena. Fariz membuka matanya dengan perlahan. Terlihat isterinya yang sedang mengandungkan anak kepada abangnya, Izman. Apabila terkenangkan surat Nurul Fatehah yang diterima semalam dia semakin rasa bersalah. “Iman, duduk sini sekejap.” Arah Fariz apabila isterinya ingin melangkah keluar dari kamarnya. “Ada apa, bang?” Imanina bertanya. “Abang harap Iman paham dengan perasaan abang. Iman tahukan yang abang masih cintakan Nurul Fatehah walaupun kita sudah berkahwin setahun lebih?” Fariz memulakan perbincangannya. Imanina hanya mengangguk. “Lepas Iman bersalinkan anak Izman, abang akan ceraikan Iman dan abang akan lamar Nurul Fatehah. Abang akan kirimkan Iman duit untuk perbelanjaan Iman dan anak yang bakal lahir ini.” Fariz menerangkan hajatnya. Imanina sedikit pun tidak terkejut dengan pengakuan suaminya itu. Mereka berdua berkahwin hanya diatas kertas tetapi tidak pernah bersentuhan dan tidak pernah tidur sebilik selama perkahwinan mereka kerana masing-masing tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang singkat. Kerana keluarga Imanina ingin menutup malu, mereka mengatakan bahawa Fariz yang terlanjur dengan Imanina sedangkan Izman, arwah abang kepada Fariz yang melakukan kerja yang dikhianati itu. “Iman paham, bang. Iman tahu kerana Iman, masa depan abang dengan Nurul Fatehah tercemar dan Iman betul-betul menyesal atas kelakuan Iman selama ini, bang.” Imanina merasa sebak. Fariz bangun meninggalkan Imanina yang sedang sibuk melayan perasaannya.
Di dalam pejabat Fariz tidak mampu memberti sepenuh tumpuan kepada kerjanya. Dia asyik teringatkan Nurul Fatehah. Seorang wanita ayu yang bertudung. Tinggi lampai dan berkulit putih melepak. Terkenang zaman persekolahan mereka. Ketika itu mereka mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga Nurul Fatehah. Dalam masa 2 hari ibu Nurul Fatehah merestui hubungan mereka kerana yakin dengan anak perempuan tunggalnya pandai menjaga diri dan tahu batas pergaulan. “Encik Fariz, ada tetamu sedang menunggu encik di lobbi.” Nuradillah, pembantu Fariz menghubungi Fariz melalui interkom yang tersedia diatas meja. “Baiklah. Saya akan turun sekarang,” fariz membalas. Fariz mencapai kot hitam yang disidai dibelakang kerusinya disarung. Dia berpesan kepada pembantunya supaya mengambil semua panggilan untuknya. Dalam masa lima minit, dia sudah berada di lobbi pejabatnya. Dari jauh dia melihat sesusuk lelaki yang amat dikenalinya. Tetapi dia terlupa dengan nama lelaki itu. “Fariz,” lelaki itu memanggil namanya. Fariz menghampiri lelaki itu. “Ya? Boleh saya tahu nama awak? Rasa macam kenal?” Fariz cuba untuk mengenali lelaki yang berada didepannya sekarang. “Sampai hati kau, Riz. Kau dah tak kenal aku. Ini Shahrin lah.” Fariz cuba mengingati nama itu. “Ohhh!!! Kau apa khabar? Lama aku tak jumpa kau.” Fariz beramah apabila dia mengingati bahawa lelaki itu adalah teman karibnya masa di zaman sekolah dahulu. “Baik alhamdulilah. Sebenarnya, aku ada hal nak cakap dengan kau.” Wajah Shahrin berubah menjadi sayu. Fariz tidak dapat mengagak apakah sebenarnya nak di sampaikan oleh Shahrin. “Mari kita bincang dipejabat aku.” Fariz menunjukkan Shahrin ke pejabatnya. “Mari, masuk.” Fariz mempelawa Shahrin yang dibelakangnya. Shahrin menjadi kagum dengan sahabatnya itu. Walaupun sudah bergelar bos, dia tidak pernah meninggi diri dengan kawan yang lain tidak seperti sesetengah orang. Fariz mempersilakan Shahrin duduk sementara dia memesan dua cawan teh. Setelah Nuradillah menghantar minuman, Fariz bertanya kepada Shahrin tentang apa yang ingin disampaikan kepadanya. “Sebenarnya, aku baru balik dari Johor semalam. Aku terserempak dengan Nurul Fatehah,” Shahrin memulakan perbualan. Fariz menjadi semakin tidak sabar dengan cerita yang ingin disampaikan oleh Shahrin. “Aku harap kau banyak bersabar, Riz. Aku pun tak sangka perkara ini akan berlaku.” Shahrin masih tidak lagi memberitahu apa yang berlaku. Fariz menjadi semakin tidak sabar. “Apa yang terjadi pada dia, Rin?” Fariz bertanya. “Dia menghidap penyakit kronik. Dia terlantar dihospital sekarang.” Shahrin menjelaskan apa yang berlaku. “APA?! Sakit apa, Rin?” hampir jatuh airmata lelaki Fariz terkenangkan wanita yang amat dicintainya. “Lukemia. Dia dalam keadaan serious sekarang ni.” Fariz seolah – olah tidak berpijak di bumi yang nyata apabila berita yang buruk menimpa wanita kesayanganya itu.
Keseokkan harinya, Fariz pergi melawat Nurul Fatehah di hospital. Fariz hampir menagis melihat keadaan Nurul Fatehah yang menderita akibat penyakitnya dan menderita akibat putus cinta. Fariz semakin rasa bersalah kerana meninggalkan Nurul Fatehah dalam penderitaan. “Maafkan Riz, Sayang.” Ucap Fariz sambil membelai rambut Nurul Fatehah yang panjang. Pucat lesu sahaja muka Nurul Fatehah. Apabila doktor yang merawat Nurul Fatehah masuk, Fariz menayakan tentang keadaan Nurul Fatehah. Doktor itu menjemput Fariz kebiliknya. Setelah dipersilakan duduk, doktor itu mengambil fail yang tertera nama Nurul Fatehah Bte Kamsani. “Sebenarnya, Cik Nurul Fatehah sudah banyak megalami tekanan hidupnya. Saya dapat menafsirkannya dimata kasar. Keadaan Cik Nurul Fatehah agak kritikal pada masa ini. Ajal maut di tangan tuhan. Dalam saintifik, kami dapat menjangka Cik Nurul Fatehah hanya mampu hidup enam bulan sahaja lagi. Bukankah tadi saya katakana bahawa ajal maut jodoh semuanya di tangan tuhan. Kami hanya mampu meramal tuhan yang menentukannya. Saya harap encik tabah menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.” Setelah mendengar bicara doktor tadi, Fariz masuk semula kedalam bilik khas yang Nurul Fatehah ditempatkan. Fariz duduk disisi Nurul Fatehah yang sedang lena dalam tidurnya entah bila dia akan sedar tiada siapa yang tahu. “Nurul, sedarlah secepat mungkin sayang. Aku akan sentiasa menunggumu. Janganlah kau tinggalkan aku kesepian, sayang. Aku ingin hidup bersamamu walaupun seminit.” Akhirnya airmata yang ditahannya jatuh berlinangan. Dia seperti orang hilang pertimbangan apabila melihat Nurul Fatehah yang dikasihinya didalam keadaan yang kritikal. ‘akan aku bahagiakanmu hingga ke akhir hayatmu, Nurul Fatehah.’ Bisik hati Fariz.
Hari demi hari berlalu, Nurul Fatehah masih belum sedar. Imanina sudah selamat melahirkan anak Izman, abang kepada Fariz. Dan pada hari itu juga, Fariz menceraikan Imanina dengan talak satu. Kehidupan mereka sudah tak sehaluan lagi. Petang itu, sedang Fariz berehat di taman yang dikhaskan untuk para pengunjung hospital itu, Fariz dikejutkan dngan berita gembira yang Nurul Fatehah sudah sedar. Sudah hampir sebulan dia menunggu Nurul Fatehah untuk sedar. Fariz berlari ke kamar Nurul Fatehah. Gembiranya tak terkata apabila Nurul Fatehah tersenyum kearahnya. “Nurul dah sedar, sayang?” Fariz bertanya sambil menggenggam tangan Nurul Fatehah. Nurul Fatehah mengangguk sambil menagis. “Mengapa menagis sayang?” Fariz pelik melihat Nurul Fatehah menagis. Nurul Fatehah menggeleng. Fariz mengesat airmata Nurul Fatehah.
Dua bulan sudah berlalu. Lagi empat bulan Nurul Fatehah bakal meninggalkannya buat selama lamanya, fikir Fariz. Fariz dan Nurul Fatehah akhirnya berkahwin tanpa bersanding. Mereka hanya bernikah. Itu yang penting. Dalam minggu kedua, Nurul Fatehah dibenarkan pulang kerumah kerana kesihatannya semakin baik. “Akhirnya Nurul dapat rasakan kebahagiaan bersama orang yang Nurul cintai.’ Ucap Nurul tulus ditelinga suaminya. Fariz tersenyum. Sebenarnya, Nurul Fatehah terlupa yang Fariz pernah berkahwin dengan sahabat karibnya sendiri. Fariz membawa Nurul Fatehah pulang ke Singapura. Di sepanjang perjalanan, Nurul Fatehah banyak bercakap dari Fariz kerana Fariz sedang menghitung hari menunggu saat Nurul Fatehah yang dikasihinya pergi meninggalkannya buat selama lamanya.
Sebulan kemudiaan, Nurul Fatehah disahkan mengandungkan anak sulung mereka.Umur kandungannya hanya tiga minggu. Sempatkah Nurul Fatehah meninggalkan zuriat buatnya? Tanya hati Fariz. Hampir dekat dengan kematian Nurul Fatehah, makin Fariz tidak mahu melepaskan Nurul Fatehah keluar dari bilik mereka. Tidak pernah dia merasa kebahagiaan sebegini rupa. Fariz hanya berdoa kepada Allah supaya dipanjangkan umur isterinya yang baru dikahwini selama dua bulan yang lalu. Dia inginkan keluarga yang bahagia. Dia tidak mahu Nurul Fatehah meninggalkannya dalam masa terdekat ini. Setiap malam Fariz melakukan solat tahajud, dia sering berdoa sehingga menagis kerana inginkan isterinya berada disampingnya selamanya. Setiap masa Fariz berdoa supaya dipanjangkan jodoh mereka dan dipanjangkan hayat Nurul Fatehah.
Pejam celik sudah masuk sembilan bulan Nurul Fatehah mengandung. Fariz semakin bersyukur kerana sudah hampir sepuluh bulan dia hidup bersama Nurul Fatehah. Hanya menunggu masa melahirkan anak mereka sahaja. Bila kandungan Fatehah sudah menjangkau enam bulan, Fariz sudah mula berkerja kerana banyak kerja yang ditinggalkannya semasa dia ke johor kelmarin. Pada tengah hari itu, sedang dia sibuk menyemak dokumen yang baru di hantar dan diperlukan approval darinya, Fariz dikejutkan dengan satu berita yang paling ditunggu tunggukan. Nurul Fatehah bakal melahirkan anaknya. Dengan segera dia mengambil cuti kecemasan dan terus memandu kehospital. Selepas 16 jam di wad bersalin, Nurul Fatehah dan Fariz mendapat seorang puteri. Nurul Fazlina. Anak sulung mereka. Fariz merasakan keluarganya semakin lengkap dengan adanya Nurul Fazlina sebagai pengikat cinta mereka.
Bulan berganti bulan, keadaan Nurul Fatehah menjadi semakin parah dan terpaksa dimasukkan ke ICU. Doktor telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa Nurul Fatehah. Tetapi hanya Allah yang bisa menentukan segalanya. Sudah ajal Nurul Fatehah, dia disambut Ilahi. Fariz pasrah dengan apa yang berlaku. Dengan Nurul Fazlina, kekuatan untuk meneruskan kehidupan tanpa Nurul Fatehah. “Akhirnya, kau pergi jua, sayang. Meninggalkanku seorang anak yang comel persismu. Akan aku jaga anak ini demi cinta ku padamu.” Fariz berkata sambil menatap wajah Nurul Fatehah yang pucat dan tidak bernyawa.
Di tanah perkuburan, Fariz duduk berteleku di sisi kubur isterinya yang baru sahaj meninggalkannya. Rasa baru sekejap tadi mereka berkahwin tetapi apakan daya dia hanya seorang manusia. Jam dipergelangan tangan menunjukkan hampir pukul enam petang. Fariz bangkit dari tempat yang didudukinya. Dia berjalan perlahan menuju ke keretanya. Sebaik sahaja dia sampai di keretanya, di menoleh kebelakang. ‘semoga kau dicucuri rahmat, sayang. Akan aku ingatimu didalam setiap doaku. Kau adalah mutiara hatiku walau kau tiada lagi disisi.’ Bisik hati Fariz. Buat kesekian kalinya, airmata lelakinya jatuh berlinangan.
Fariz
Sejak perkenalan pertama
Aku sudah terpaut padamu
Ingin sahaja ku mengatakan kata cinta
Tetapi aku takut aku yang bertepuk sebelah tangan
Fariz
Jika aku tiada lagi disisimu
Jagalah anak kita dengan baik
Ajarlah dia apa yang baik
Dan apa yang buruk
Semoga dia menjadi anak sholehah
Fariz
Ingatlah
Bersabarlah
Dah bertawakalah kepada allah
Aku akan tetap menyayangimu walaupun jasadku sudah tersemadi di dalam tanah.
Wasalam.
Fariz meletakkan kembali frame yang diukir cantik. Itu sebagai tanda hari ulang tahunya yang pertama bersama arwah Nurul Fatehah. Dia tetap akan menjaga Nurul Fazlina seorang diri. Dia tidak akan perlukan wanita lain dalam hidupnya. Hidup dan matinya kini hanya untuk Nurul Fazlina seorang.
-TAMAT-
0 ulasan:
Catat Ulasan