Memang mudah untuk kita jatuh cinta biarpun pada seorang lelaki yang tidak boleh dipercayai. Tetapi, untuk kita hidup bersama lelaki seperti ini buat sepanjang hayat, itulah yang sukar dilakukan.
Hakikatnya, satu perhubungan yang berkekalan dibina atas dasar kepercayaan. Ia menjadi asas dalam perhubungan kerana mampu mencipta satu persekitaran yang selamat untuk meniupkan api kemesraan. Untuk memastikan perhubungan itu berjaya, anda perlu menaruh kepercayaan pada si dia termasuk berkongsi kisah silam, masa kini dan kehidupan akan datang bersamanya.
Namun, kepercayaan tidak akan datang dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa yang panjang dan usaha daripada diri sendiri. Perlu juga diingat, kepercayaan mudah tergugat atau berkecai dan ia sebenarnya sukar untuk dipulihkan. Tetapi, jika seseorang itu sanggup berusaha untuk membina kepercayaan, mereka akan memperoleh ganjaran tidak terhingga iaitu satu perhubungan yang memang diidamkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan